Saturday, December 11, 2010

Pasangan GAY berpeluang melahirkan anak sendiri

* Isshh... Macam-macam akan terjadi kalau dunia dah akhir zaman ni...Kepandaian saintis sekarang ni, banyak membawa kepada  benda yang tak eloklah pulak....Melambak pulak nanti yang nak jadi GAY.


Penyelidik kini telah berjaya menghasilkan tikus makmal yang memiliki dua ayah, lantaran itu ia dilihat dapat meningkatkan kebarangkalian untuk pasangan gay mendapatkan anak-anak yang terhasil dari gabungan gen / baka mereka sendiri.

Di dalam satu ujikaji yang dijalankan "pembiakan mamalia bentuk baru", Para penyelidik dari Amerika Syarikat telah menggunakan langkah-langkah di dalam satu siri komplek bagi mengubahsuai "telur jantan" untuk dimasukkan ke dalam rahim tikus betina.

Ibu tikus ini kemudiannya dikacukkan dengan tikus jantan yang normal bagi menghasilkan kandungan atau janin yang terhasil daripada gabungan gen-gen daripada dua ayah, berbeza dengan kejadian semulajadi kandungan yang terhasil daripada kacukan jantan dan betina.

Tikus betina yang mengandungkan 'telur-telur jantan' dari seekor tikus jantan - Ayah A, ini dikacukkan dengan seekor lagi tikus jantan yang lain - Ayah B. Dengan itu anak yang terhasil mewarisi sepenuhnya bahan maklumat genetik dari Ayah A dan Ayah B.

Para penyelidik genetik di sebalik penggunaan teknik pembiakan yang menjadi kontroversi ini mengatakan bahawa teknik ini berpotensi untuk meningkatkan kualiti baka ataupun memelihara species-species yang terancam. Tambah menjadi kontroversi apabila mereka juga mengatakan sekiranya teknik ini boleh dipehalusi lagi,"Satu hari nanti dua orang pasangan lelaki boleh mendapatkan anak-anak daripada baka mereka sendiri".



Sumber : http://www.dailymail.co.uk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...