Pemuda ini menjadi terkenal apabila muncul dalam klip video yang
menghina lagu Negaraku mempersendakan azan, memaki hamun orang
dalam lagu rapnya, "menyerang" TNB, dan seorang warganegara yang
kurang fasih berbahasa kebangsaan, namun ironinya dia mengaku
dirinya begitu patriotik dan mendokong semangat 1Malaysia.
Walaupun dikecam hebat, akhirnya pemuda ini diangkat menjadi "hero"
oleh sesetengah anggota masyarakat dan pemimpin negara terutamanya
daripada pihak pembangkang. Kini, pemuda ini seolah-olah menjadi
simbol 1Malaysia. Ironi sungguh!
Semalam diberitakan di The Sun bahawa pemuda ini berjumpa dengan Nazri Aziz di Parlimen. Semasa bertemu dengan Nazri, Namewee mengadu bahawa dia sukar mendapatkan geran bantuan untuk membiayai filemnya, Nasi Lemak 2.0. Semasa pertemuan itu, pemuda ini turut menyatakan keinginan untuk bertemu dengan PM untuk membantunya menjayakan Kempen 1Malaysia melalui muzik. Wah!
Dalam pertemuan singkat itu, Nazri menyatakan bahawa Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee sering "disalah faham dan disalah tafsir" oleh media. Nazri juga berjanji akan membawa permasalahan dan hasrat Namewee itu dalam mesyuarat Kabinet. Wow! Sebelum ini, Nazri memaklumkan bahawa Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa Namewee tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Sumber - The Sun

No comments:
Post a Comment