Thursday, December 16, 2010

Menyembah Facebook ?

* Baru-baru ni aku jengok blog khairulazizi.com, tertarik dengan artikel beliau........






Saya ingin memberi amaran kepada diri saya. Jangan menyembah berhala. Oh tidak. Saya rasa, amaran ini terlalu tidak tepat. Saya akan memberi amaran baru kepada diri saya.
Jangan menyembah berhala yang namanya Facebook.
Saya melihat keadaan hari ini dimana pergelutan menjadi tuhan, rutin, pujaan manusia secara tidak sedar adalah satu trend yang boleh memasuki setiap rumah kita, setiap ofis kita malah, setiap handphone kita.
Kerana itu, saya amarankan diri saya, jangan menyembah Facebook.
Sekiranya umat islam yang paling kuat syariatnya menemui tuhan mereka dalam kadar 5 kali sehari, saya telah menemui Facebook lebih dari saya menemui tuhan saya sendiri.
Itupun kalau saya seorang pengikut syariat yang kuat. Sekiranya saya tergolong dalam pengikut syariat yang tewas?


Fenomena
Facebook telah menjadi fenomena. Nabi yang membawa ajaran Facebook ini adalah Mark Zuckerberg (1) . Ketika dia mendapat wahyu untuk meneruskan perjuangan ini, dia hanya berumur 20 tahun. Ajarannya telah dilancarkan dari dalam biliknya sendiri di Sekolah Havard. Hari ini Mark Zuckerberg boleh mandi dengan duit sekiranya duit menjadi metafora pahala, hasil bagi ajarannya. (2)





Untuk mengenali nabi yang bernama Mark Zukerberg, anda boleh melihat ruang bacaan lanjut dibawah.
Mengapa saya katakan Facebook adalah tuhan baru zaman ini? Mengapa saya memberi amaran keras kepada diri saya sendiri? Facebook, nyata mempunyai sifat dan kesamaan dengan tuhan. Maka kerana itu, pengikut facebook semakain bertambah ramai. (3)
Namun, perlu diingatkan. Sama, tapi tak serupa. Bagaimana?

Source : Nielsen/Netratings
Maha mengetahui
Antara sifat tuhan yang umum diketahui adalah “maha mengetahui”. Facebook boleh sampai kepada maha mengetahui walaupun kadangkala yang diketahui itu boleh jadi muslihat dan penipuan. Semua kawan-kawan saya boleh tahu apa yang saya sedang buat malah mereka boleh juga tahu apa yang sedang saya fikirkan! Jika mereka mempunyai ilmu andaian pastinya mereka boleh mengagak apa tindakan saya yang seterusnya tanpa saya sedari.
Melalui Facebook kita mengetahui tentang diri seseorang. Kita mengetahui apa yang dia minat. Kita mengetahui siapa kawan-kawannya. Kita mengetahui apa yang kawan-kawannya minat.
Kita mengetahui setiap perbualan onlinenya. Kita mengetahui segalanya yang di-share oleh kawan kita. Namun oleh kerana Facebook tidak dapat mengetahui yang mana benar dan yang mana batil, maka Facebook bukan tuhan saya.



Maha melihat
Suasana pengalaman atas talian atau online experience kini menjadi satu norma hidup manusia. Zaman berubah dan ini mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup. Facebook, melalui aplikasi photo sharing adalah manifestasi paling jelas “Maha Melihat”
Bagaimana? Saya boleh melihat kawan – kawan saya berada di satu parti liar, walaupun saya tidak berada di parti itu. Bukankah ini maha melihat?
Saya melihat gambar kawan saya ketika dia berumur 10 tahun memakai topeng Silverhawk. Bukankah ini maha melihat?
Saya melihat gambar awek-awek yang berbuah dadanya. Wah, bukankah ini, maha melihat sangat mengujakan?
Saya melihat itu dan ini, semuanya melalui kebenaran kawan-kawan saya sendiri juga yang saya kira, mereka redha dilihat. Saya tidak mencuri lihat.


Mereka tidak dapat bersembunyi malah telah ditag diwajah mereka dengan nama-nama mereka sendiri. Inilah features paling maha melihat saya kira. Ia seakan makrifat, iaitu melihat wajah seseorang lantas kita mengetahui segalanya tentang diri orang itu.
Namun, oleh kerana Facebook tidak dapat melihat masa depan ( tidak dapat melihat gambar kematian saya), maka Facebook bukan tuhan saya.

Yang berada di mana-mana.
Kalau bahasa inggerisnya, “yang berada dimana-mana” digelar Omnipresent. Facebook jelas berada di mana-mana.
Di KL? Di Sg. Petani, di Tg. Rambutan? Di Brinchang? Di German? Di Norway? Di Iran?
Malah, kalau tidak secara geografi pun, Facebook boleh berada dekat dengan kita tanpa kita sedari kewujudannya.
Satu malam ketika saya asyik dengan iPhone, isteri saya menegur “Sudah-sudah la main Facebook tu.Takde keje lain ke?” Lantas saya insaf dan terus logout, kembali ke alam realiti.




Namun, walaupun Facebook sangat hampir kepada kita sehingga duduk didalam poket tanpa kita sedar, Facebook tidak ada di planet marikh atau planet pluto.
Oleh itu, saya semakin yakin bahawa, Facebook is not my god.

Tenggelam dalam Fana’
Ini adalah salah satu lagi sifat Facebook yang boleh meng-ganja pengikut mazhab baru ini. Tenggelam dalam Fana’ beerti, berada dalam keadaan yang sangat mengasyikkan hingga tidak sedar keadaan sekeliling. Mungkin ini adalah ayat literal yang paling tepat untuk difahami oleh semua orang. Untuk contoh sejarah, keadaan ini telah dirasakan oleh Nabi Ibrahim ketika dibakar dalam api. Oleh kerana Nabi Ibrahim berada didalam keadaan fana, maka dia tidak hangus dimakan api. Dalam erti kata lain, Nabi Ibrahim berada dalam keadaan “ecstasy” bersama tuhannya.


Maka saya hampir ter-fana’ dengan aplikasi – aplikasi kecil (4) seperti poked your friend, invite games itu ini dan apa menatang lagi lah! Kefanaan ini menyebabkan saya terlupa (5) untuk buat kerja – kerja cari makan saya hingga saya menyesal dan meminta tuhan mengembalikan semula jam jam saya yang telah hilang kerana Facebook.
Kefanaan juga boleh menyebabkan saya terlampau “asyik” memikirkan Facebook sehingga berfantasi apakah yang akan saya buat dengan Facebook bila ber-online kelak?
Awas, sekiranya anda mencapai level fana bersama Facebook, anda mungkin tidak terbakar oleh api walaupun disambar petir.

Kesimpulan
Sifat-sifat Facebook yang mempunyai kesamaan dengan sifat-sifat tuhan jelas boleh mengelirukan saya tanpa saya sedar. Kerana itu, saya memberi amaran kepada diri saya ini, berkali-kali. Namun bukanlah niat saya untuk “mengharamkan” diri saya dari meng-Facebook kan diri kerana fenomena pop culture ini tidak dapat ditolak seperti kita menolak pelawaan Multilevel Marketing.
Kata pepatah, “If you cannot beat them, you join them”. Namun, wisdom adalah kesedaran yang paling tinggi yang perlu ada dalam menjalani hidup ber-Facebook.
Ada perbezaan “menyembah”  Facebook, dengan menggunakan “Facebook”. Semalam saya baru mempelajari, bagaimana “menggunakan” Facebook.
Selamat ber-Facebook!


Bacaan Lanjut
(1) http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg
(2) http://www.forbes.com/lists/2008/10/billionaires08_Mark-Zuckerberg_I9UB.html
(3) Pada Sept 25 , 2007, seramai 42 juta pengikut Facebook telah dibaptiskan secara online, menjadikan Facebook agama sosial network terglamour selepas mySpace – Fabernovel Consultinghttp://draft.blogger.com/post-create.g?blogID=6736738183786584347
(4) Terdapat lebih 4000 aplikasi kecil facebook sejak ia dilancarkan – Fabernovel Consulting
(5) Purata masa yang dihabiskan, bermesra dengan facebook adalah 20 minit sehari


Kredit :  http://khairulazizi.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...