Friday, December 17, 2010

Kenapa Perlu Cukur Bulu Kemaluan


Kenapa perlu untuk bercukur?



Dari sudut Islam:

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:

“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud)

Maksudnya, paling lama pun 40 hari memang kena servis bahagian-bahagan tersebut. Ada yang tak tahu so memang tak buat, tapi yang dah tahu pun tak buat jugak. Sampai ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara Amazon jadiknya.

Dan antara dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:

“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”

Jawab Iblis:

“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.

Kerana itu, penting untuk mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya untuk mencegah kutu dan bau yang tidak enak.

Dari sudut saintifik:

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluh. Kalau malas cukur bulu tersebut, maka akan lebih banyak keluarkan peluh. So, bilakena kesan bahan kumuh dari badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari boleh mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Rajin rajin lah bercukur. Bukan susah pon kan. Jangat ingat benda kat dalam dalam tak payah nak ambil kisah. Kecantikan ‘dalaman’ tu sebenarnya boleh mempengaruhi cantik luaran seseorang… Selamat Bercukur


Sumber : Kenapa Perlu Cukur Bulu Kemaluan? | Selangor2u Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...