Friday, January 14, 2011

Sungai Goldstream Park River Jadi Hijau

Baru-baru ini warga di sekitar Vancouver Kanada dihebohkan dengan berubahnya warna air sungai Goldstream Park river dari jernih menjadi hijau kepekatan. Kejadian ini menghebohkan dunia lantaran dianggap sebagai krisis pencemaran. Warga sekitar sungai juga beranggapan bahawa warna hijau air ini disebabkan oleh limpahan bahan kimia berbahaya.
Namun begitu, ternyata banyak masyarakat yang menganggap bahawa warna air sungai yang hijau itu semakin menambahkan keindahan sungai. Namun ternyata warna hijau sungai Goldstream Park river bukan disebabkan dari limpahan kimia berbahaya, warna hijau itu dihasilkan dari Fluorescein, cecair yang tidak berbahaya yang memang sering terjadi di alam sekitar. Hanya kerana kali ini kapasitinya yang besar dan membuat warna air menjadi hijau neon, maka masyarakat menjadi kecoh.


Kementerian Lingkungan Hidup berkata keputusan ujian mengesahkan fluorescein digunakan untuk menukar warna Sungai Goldstream dan air pancut di Veterans Memorial Parkway di Langford.
Dalam e-mel, kakitangan Jabatan mengatakan fluorescein adalah sebatian organik sintetik larut dalam air dan alkohol. Hal ini selanjutnya mengatakan fluorescein tidak beracun dan Kakitangan Kementerian Lingkungan Hidup tidak percaya bahawa ikan atau habitat air dalam insiden ini terjejas.

* Kita lihat video tersebut.

3 comments:

  1. cantiknyer sungai kaler hijau,,tp agk menakutkan la nk mandi

    ReplyDelete
  2. pergh...smat...try la buat kat sungai klang tu...baru la sedap mata memandang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...