Wednesday, January 19, 2011

David Beckham - Porsche 911 Turbo Cabriolet Dijual di eBay

Bintang bola sepak sensasi dan terkenal di seluruh dunia, David Beckham di laporkan melelong Porshe kesayangannya dalam E-Bay ketika ini. Kereta ini dilelong ketika sibuk dalam persediaannya kembali ke England untuk beraksi bersama kelab london, Tottenham Hotspurs menerusi pinjaman selama 3 bulan dari kelab yang di wakili ketika ini LA Galaxy.

Model Porsche 911 Convertible Turbo yang dibelinya pada tahun 2008 dengan harga 100,000 Pound Sterling dan menghabiskan sebanyak 50,000 pound Sterling untuk pengubahsuaian.
Dia kerap kali menghabiskan masanya dengan memandu kereta ini di sekitar kediamannya di Beverly Hills bersama isteri dan anak - anaknya.




Kereta tersebut di lengkapi dengan Blacked - out Headlights , specials alloy rims , a sports exhaust dan Emblazoned bernombor 23 , sama dengan nombor jersi yang digunakannya ketika ini . Kereta ini mampu bergerak dengan kepantasan 0 - 60km/j dalam masa 4 saat sahaja dan dilengkapi dengan enjin 3.6 liter turbo cas. Tidak sampai sehari kereta ini dilelong dalam e-bay , bidaan harga kereta ini mencecah 110,100 pound sterling dan dijangka harganya akan terus meningkat berikutan status superstarnya.

Beckham pernah melelong kereta yang lain sebelum ini iaitu BMW M3 pada tahun 2005 dengan harga 90,000 pound sterling - dengan keuntungan 75,000 pound dari nilai sebenarnya!!
Lelongan untuk kereta Porsche ini berakhir pada 12 Januari ini . Oleh itu , para penggemar koleksi kereta Sport, cubalah nasib anda untuk membida kereta ni di E -Bay. Ada berani.......??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...